Didakwa Jadi ‘Simpanan’ Bekas Menteri, Pelakon ‘Ipar Adalah Maut’ Akhirnya Bersuara

Didakwa Jadi ‘Simpanan’ Bekas Menteri, Pelakon ‘Ipar Adalah Maut’ Akhirnya Bersuara

Oh! Artis

Davina Karamoy nafi dakwaan jadi ‘simpanan’ bekas menteri.


Nama pelakon Indonesia, Davina Karamoy kecoh diperkatakan apabila didakwa menjadi wanita simpanan bekas Menteri Pemuda dan Sukan Indonesia, Dito Ariotedjo.

Tidak berdiam diri, pelakon ‘Ipar Adalah Maut’ ini berkata, tindakan undang-undang akan diambil jika tuduhan melampaui batas.

Davina akui keliru, tak teragak ambil tindakan mahkamah

Menteri

Pelakon itu juga mengakui keliru dengan dakwaan yang sedang tular dan memilih untuk tidak terlalu memikirkan spekulasi liar tersebut.

Sejujurnya, saya sudah sampai ke tahap melepaskan dan cuba reda sahaja apa sahaja yang mereka mahu cakap atau apa-apa fitnah… walaupun kadang-kadang fitnah itu sudah keterlaluan sampai boleh dijadikan bahan jenaka.

Davina yang kini berdepan kecaman di media sosial berkata tiada apa yang perlu dijelaskan kepada umum.

Tuduhan di Threads mula cetus kontroversi

Terdahulu, satu akaun Threads, @chipoy99.chicharitopapoy, memuat naik dakwaan tentang hubungan sulit antara Davina dan Dito sehingga menimbulkan spekulasi besar di media sosial.

Akaun itu turut mendakwa hubungan itu sudah berlaku lama dan kononnya diketahui isteri sah Dito, Niena Kirana Riskyana.

Menurut dakwaan sama, Niena difahamkan sudah memfailkan cerai dan kes tersebut kini masih dalam proses perbicaraan.

Pssttt! Bila sesuatu tuduhan mula tersebar di media sosial, ramai cenderung untuk percaya tanpa menunggu pengesahan. Dalam kes ini, Davina sendiri mengaku keliru dan tak teragak ambil tindakan undang-undang. Apa pun, selagi tiada bukti kukuh atau kenyataan daripada pihak terlibat, lebih baik kita berhati-hati sebelum menjatuhkan hukuman.

Kredit: Astro Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top