Usahawan dan pempengaruh kontroversi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli menafikan dakwaan dia yang mencanang kemelut perkahwinan kakaknya, Rose Azlin Rosli atau Kak Nona di media sosial.
Menurut Kak KM, dia kecewa apabila namanya dipetik sebagai individu yang mencanang kisah perceraian Kak Nona
“Saya tak pernah pun nak sebut mengenai rumah tangga dia. Apa yang terjadi, dia yang sebut sendiri, dia punya kehidupan, dia yang cakap.
“Bila orang tanya, ‘Kak Nona, suami mana? Dia balik kampung’. Selepas itu, suami dia buat sesi siaran langsung. ‘Abang, mana Kak Nona? Abang tengah sesi memujuk’.
“Bila kau buka ruang macam tu, orang dah tahu. Orang pula boleh buat spekulasi sendiri, bila kau tengah nak memujuk, mesti tengah bergaduh.
“Jadi, jangan petik nama saya, cakap saya yang kata nak bercerai, demi Allah saya tak pernah cakap dia nak bercerai.
“Lagi pun, buang masa nak cerita pasal hal orang. Betul tak? Rumah tangga kita belum tentu lagi. Tak payahlah nak petik-petik nama saya,” katanya kepada XTRA.
Kak KM ditemui di acara Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sebentar tadi.
@xtra_my Wah, semua segak mengenakan baju raya… Kelly Azman, Kak KM, Fazli Zainal, Thalia Mentor & Che Ta Pot Pet dah masuk mood raya ke? ❤️💥 #xtramy #xtratonton ♬ original sound – XTRA
Tambah Kak KM, dia tidak pernah membuka cerita mengenai permasalahannya dengan Kak Nona sejak awal mereka bersengketa.
“Sejak orang kata saya ada masalah dengan dia, saya tak pernah langsung buka cerita pasal dia. Perkara ini akan trigger saya sampai saya bercakap sebegini. Janganlah macam tu. Setahun lebih kita bergaduh, tiada siapa yang tahu pun.
“Kita tak nak bercakap pun, kita diam je. Bila jadi macam ni, petik pula benda yang salah, fitnah saya, cakap saya yang kata Kak Nona nak bercerai, jangan buat macam tu,” katanya lagi.
Terdahulu, timbul dakwaan Kak KM menghebahkan masalah rumah tangga Kak Nona di media sosial.




