Ibu kepada penyanyi Didi Astillah mengejutkan orang ramai apabila berkongsi keadaan anaknya itu menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya pada Isnin.
Menerusi beberapa video pendek yang dikongsikan, Didi kelihatan dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan dibahagian kepala akibat terjatuh dari tangga.
“Semoga baik-baik sahaja,” tulisnya pada hantaran video berkenaan.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Threads seorang individu dikenali sebagai @maszmasz tampil berkongsi maklumat berhubung kejadian tersebut.






