Didie Alias Dedah Hubungan Dengan Amyza Aznan Semakin Dingin, Hampir 3 Bulan Tak Berhubung! | Oh! Media

Didie Alias Dedah Hubungan Dengan Amyza Aznan Semakin Dingin, Hampir 3 Bulan Tak Berhubung! | Oh! Media

Trending

Didie Alias mengakui hubungannya dengan Amyza Aznan semakin dingin selepas hampir tiga bulan tidak berhubung akibat salah faham.

Intipati berita

  • Hampir 3 bulan tak berhubung, Didie Alias mengakui hubungannya dengan Amyza Aznan semakin dingin.
  • Perselisihan dipercayai bermula apabila niat Didie menegur dan membantu disalah ertikan sebagai mencampuri urusan peribadi.
  • Didie mengambil keputusan untuk ‘tarik handbrake’ dan tidak lagi masuk campur dalam urusan keluarga Amyza.
  • Walaupun hubungan semakin renggang, Didie tetap tumpang gembira melihat Amyza tercalon dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular ABPBH38.

Hubungan persahabatan yang sebelum ini cukup akrab nampaknya sedang berdepan ujian. Pelakon dan pengacara, Didie Alias mengakui dia sudah hampir tiga bulan tidak berhubung dengan sahabat baiknya, Amyza Aznan.

Menurut laporan mStar, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali mengakui berasa sedih dan terkilan apabila hubungan mereka yang dianggap seperti keluarga sendiri kini semakin renggang.

Niat Didie Alias nak tegur, tapi disalah erti

didie alias   oh media

Menurut Didie, perselisihan faham dipercayai bermula apabila niat baiknya untuk menegur dan menghulurkan bantuan kepada Amyza disalah tafsir.

Malah, dia merasakan teguran tersebut menyebabkan dirinya dianggap terlalu mencampuri urusan peribadi sahabatnya itu.

Saya agak kecewa, tetapi tidak mengapa. Mungkin dia ada jawapannya sendiri dan saya rasa biarlah dia yang menjawab mengenai apa yang sedang berlaku sekarang.

Saya sedih sebab hubungan kami sudah macam darah daging. Jadi, apabila kita bercakap dan berniat memberi nasihat, kita pula dikatakan kononnya terlalu sibuk mengambil tahu hal orang sehingga mungkin ada pihak yang membenci saya.

Saya sudah buat sehabis baik dan cuba membantu apa yang termampu. Keputusan kini berada di tangan dia. Jadi, saya terpaksa ‘tarik handbrake’.

Tak mahu campur tangan lagi urusan keluarga Amyza Aznan

Disebabkan keadaan itu, Didie mengambil keputusan untuk tidak lagi mencampuri urusan peribadi Amyza termasuk hal berkaitan anak, suami dan keluarganya.

Bagaimanapun, dia menegaskan tidak menyimpan dendam atau serik untuk berkawan dengan sesiapa.

Bagi perkara berkaitan dia, rasanya lebih baik dia jawab sendirilah dengan rakan media. Kalau tanya saya pun, jawapan ada pada dia dan bukan pada saya. Dia yang lebih tahu.

Tetapi saya okey sahaja dan tiada perasaan serik dalam diri. Sebenarnya dengan semua orang, saya layan dengan baik.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Scroll to Top