Didie Alias Enggan Kenang Persahabatan Bersama Enot – “Dia Tak Ada Dalam Memori Hidup Saya”

Didie Alias Enggan Kenang Persahabatan Bersama Enot – “Dia Tak Ada Dalam Memori Hidup Saya”

“Antara kami, sudah tidak ada apa yang perlu diingatkan”.

Demikian luahan pelakon dan pelawak popular, Didie Alias ketika ditanya mengenai persahabatannya bersama pelakon, Enot.

Kata Didie, dia kini mahu ‘move on’ dengan apa yang berlaku, sekaligus menganggap  sudah tidak ada pa-apa lagi yang perlu diingatkan mengenai persahabatannya itu.

“Selepas apa yang berlaku, saya kini mahu teruskan kehidupan yang tenang saja. Antara kami, sudah tiada apa yang perlu diingatkan sebab saya sudah padam namanya dan memori itu.

“Walaupun pernah menjadi kesayangan saya yang ditatang umpama minyak penuh tapi dia tiada lagi dalam memori hidup saya,” katanya.

Mengaku kecewa dengan kontroversi yang berlaku, Didie bagaimanapun enggan berbicara lanjut mengenai hubungannya itu.

“Saya sudah cuba yang terbaik dalam persahabatan, namun gagal. Saya minta maaf.

“Dulu dia juga anggap saya seperti ibu, kakak dan sahabat yang boleh menjaganya. Namun, apa yang berlaku buat saya amat kecewa,” jelasnya.

Terdahulu, hubungan kedua-dua pelakon ini mula goyah selepas mereka saling berbalas kenyataan mengenai hal peribadi kepada umum.

Bahkan, Didie sebelum ini meluahkan rasa kecewanya sebaik sahaja mengetahui dakwaan yang mengatakan Enot kini menjalin hubungan songsang dengan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

ARTIKEL BERKAITAN:“Semoga Makian Anda Berbalik Pada Diri Sendiri, Kifarah Tu Wujud!” – 20 Tahun ‘Pendam’ Rasa, Enot Elak Buka Aib Rakan

ARTIKEL BERKAITAN:Tayang Kekasih, Enot ‘Sound’ Kaki Kecam Ramai Bertudung Labuh – “Orang Berjanggut Kau Cakap Perempuan, Takkan Aku Nak Tunjuk ‘Burung’ Pula?!”

ARTIKEL BERKAITAN:Romantis Makan Bersuap, Ini Rupa Kekasih Hati Enot… Nafi Hubungan Cinta Sekadar Lakonan Tutup Fitnah Hubungan Sejenis – “Dah Setahun Kawan, Bila Senyap Cakap Songsang”

ARTIKEL BERKAITAN:Enot Kongsi Video Manis Bersama Kekasih Hati, Tepis Fitnah Bercinta Kaum Sejenis – “Thank You Mr. Secret Sabar Dengan Gosip”

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Banyak Kali Nasihat, Didie Alias ‘Frust’ Rakan Baik Masih Pilih Jalan ‘Songsang’ – “Bahagia Dunia Saja, Esok Lusa Tak Tahu…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Kena Lantang Bersuara, Sebab Siapa Nak Mewakili Pelawak Wanita? Takkan Nak Meminta-Minta” – Didie Alias Bersuara, Tinggal Komen Bukan Sebab Dengki Dengan Anna Jobling

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top