Dihantui mimpi dukung bayi, wanita dedah rumah tangga ‘retak’ gara2 sihir pemisah

Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Atin Zainol berkongsi kisah dilema yang ditanggung apabila sihir. Meskipun baru sahaja mendirikan rumah tangga, namun dia dan suaminya telah diuji dengan perbuatan terkutuk tersebut.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok, wanita itu meluahkan perasaan kecewa kerana suaminya langsung tidak mahu melihat dirinya. Dia turut mendedahkan kini, dia terpaksa menetap di rumah keluarga terlebih dahulu untuk berubat.

Selain itu, Atin turut mendedahkan beberapa petanda yang membuatkan dirinya yakin terkena sihir pemisah adalah seperti suaminya tidak bernafsu, mula marah terhadap perkara-perkara kecil serta didatangi mimpi aneh mendukung bayi lelaki.

@atinzainol_

Semoga allah panjangkan jodoh aku dan suami 😞

♬ original sound – Nurinlofa 💗 – Nurinlofa ♡

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi cadangan ikhtiar buat pasangan suami isteri tersebut. Bukan itu sahaja, ramai yang berkongsi pengalaman sama sehingga hubungan bersama pasangan masing-masing diakhiri dengan perpisahan.

Sumber: TikTok @atinzainol_