Tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Dungun maut manakala seorang cedera parah selepas dirempuh pemandu dipercayai tidak siuman.
Lapor Sinar Harian, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV dan dua buah motosikal Yamaha jenis Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135 LC.
Susulan kejadian, netizen berkongsi video menunjukkan suspek wanita terbabit bercakap seorang diri dan menari-nari.
Ni pn dia jugak pic.twitter.com/hLx3lXhner
— Ayahteh (@saiful_msi) October 9, 2024
Suspek wanita berusia 49 tahun dilaporkan telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Terdahulu, media melaporkan mangsa yang maut ialah pelajar tahun 2 UiTM Dungun jurusan Sarjana Muda Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Muhammad Akmal Md Tukirin.

Dua lagi mangsa masing-masing pelajar tahun 2 jurusan Sarjana Muda Sains Perakaunan iaitu Ku Adib Aizad Ku Azmi dan Khairil Anwar Jamaludin.




