Seorang pelawak terkenal dilaporkan telah ditahan di Jeddah selepas dipercayai memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah, baru-baru ini.
Menurut laporan Utusan, pelawak tersebut ditahan kira-kira dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan kini masih berada dalam tahanan pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, selebriti itu menunaikan umrah bersama beberapa rakannya namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
Walaupun begitu, pelawak tersebut dilihat masih aktif di media sosial, dengan beberapa hantaran baharu yang dipercayai dikendalikan oleh pasukan pengurusannya.
Selain itu, pelawak berkenaan juga dikhabarkan bakal muncul dalam sebuah program televisyen yang dirakam sebelum insiden penahanan berlaku.
Sementara itu, pihak Harian Metro sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada persatuan, pihak berkuasa dan keluarga pelawak terbabit.
Kredit: Utusan, Harian Metro




