Disyaki miliki syabu, bekas pemain bolasepak kebangsaan ditahan polis

Disyaki miliki syabu, bekas pemain bolasepak kebangsaan ditahan polis

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan seorang bekas pemain bolasepak kebangsaan ditahan polis pada petang kelmarin di Johor Bahru.

Menurut laporan dari Kosmo! lelaki yang berusia 36 tahun itu disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine.

Dia yang juga  pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Suspek turut merupakan anak kepada bekas pemain Selangor dan pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid juga telah mengesahkan tangkapan tersebut dan pihak mereka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa yang terdekat.

Sumber: Kosmo! (Khairul Mohd Ali)