Disyaki seleweng diesel, stesen minyak diserbu KPDN

Disyaki seleweng diesel, stesen minyak diserbu KPDN

am@hmetro.com.my

Miri: Sebuah sebuah stesen minyak di sini yang dipercayai membenarkan kenderaan mengisi minyak diesel melebihi had diserbu Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri melancarkan serbuan di sebuah stesen minyak di sini.

Serbuan dijalankan susulan satu hantaran tular di Facebook yang memaparkan aktiviti mencurigakan membabitkan pengisian cecair disyaki minyak diesel ke dalam tong di luar kenderaan.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew ak Dominic Barin berkata, siasatan awal dijalankan dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), selain menyemak rekod transaksi dan resit pembelian bagi mendapatkan pengesahan lanjut berhubung kejadian itu.

“Satu arahan dikeluarkan kepada pihak terbabit untuk mengemukakan dokumen serta maklumat berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.” Katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDN Cawangan Miri dalam pada itu mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sebarang aktiviti penyelewengan barang kawalan melalui saluran rasmi yang disediakan.

Ia termasuk WhatsApp di talian 019-8488000, portal e-Aduan KPDN, talian Call Centre 1-800-886-800 serta aplikasi Ez ADU KPDN.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top