mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan didakwa di mahkamah esok.
Individu itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur jam 8.30 pagi.
Harian Metro sebelum ini melaporkan dua individu termasuk bekas pembantu khas kepada Kok direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan membantu meluluskan dana projek mesra rakyat.
Sumber dilaporkan berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan kira-kira 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta membabitkan pembekalan interactive smart board kepada beberapa sekolah sekitar Kuala Lumpur.
“Selain itu, siasatan juga akan menjurus kepada aspek pembekalan bagi mengesahkan penerimaan item mengikut kuantiti dan spesifikasi oleh sekolah berkenaan,” kata sumber.
© New Straits Times Press (M) Bhd



