Dituduh ambil telefon bimbit, Hairul Azreen tengking Dafi – “Aku geram la dia ni..”

Dituduh ambil telefon bimbit, Hairul Azreen tengking Dafi – “Aku geram la dia ni..”

Baru-baru ini, pelakon terkenal Hairul Azreen berkongsi satu video di aplikasi TikTok memaparkan penyanyi Dafi sedang mencari telefon bimbitnya yang hilang di dalam sebuah bas dinaiki mereka.

Menurut pemilik nama Hairul Azreen Idris itu, dia seolah-olah hairan mengapa dirinya dipersalahkan atas kehilangan barang tersebut sedangkan dia duduk di ruangan hadapan.

@hairul_azreen88

Kenapa barang hilang sy di persalahkan 😔

♬ original sound – Hairul Azreen – Hairul Azreen

Menerusi video berdurasi 27 saat itu, kelihatan Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri tercari-cari di bawah kerusi bas tersebut dengan harapan telefon bimbitnya dapat dijumpai.

Hairul yang menyedari situasi berkenaan terus meminta rakan-rakan lain menghubungi nombor penyanyi lagu Bila Terasa Rindu itu namun kebanyakan memberi alasan tidak mempunyai kredit bagi membuat panggilan.

Disebabkan itu, Dafi berkemungkinan berasa dirinya terkena ‘prank’ atau gurauan sebelum menuduh pelakon berusia 34 tahun itu mengambil telefon bimbitnya.

“Aku kat depan… haw*u. Aku geram la ni dia. Cari-cari, call-call,” kata Hairul ‘memarahi’ penyanyi yang juga anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu.

Bagaimanapun meninjau di ruangan komen, pelakon filem PASKAL itu mengakui dia sekadar melakukan ‘prank’ dan sengaja mengambil telefon bimbit milik Dafi.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kedua-dua artis berkenaan selain menyifatkan Hairul berani bertindak sedemikian terhadap anak Perdana Menteri.

Tidak dapat dipastikan bila rakaman tersebut berlaku, tetapi Dafi sebelum ini pernah berlakon di bawah arahan Hairul menerusi filem Ada Hantu yang dihasilkan tahun lalu.

Sumber: TikTok @hairul_azreen88