Dituduh munafik tak bantah konsert NOAH, PU Syed tampil pertahan diri

Dituduh munafik tak bantah konsert NOAH, PU Syed tampil pertahan diri

Semalam, portal melaporkan band Indonesia iaitu NOAH yang menampilkan Aeril sebagai vokalis utama bakal mengadakan konsert di Malaysia pada November nanti.

Ekoran itu, ramai meninggalkan komen berbaur ‘sarkastik’ dan ‘sindiran’ apabila bertambah lagi sebuah konsert artis negara jiran mengadakan persembahan di negara ini.

Malah, terdapat warganet memetik nama pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed dalam hal ini dengan mengatakan dia seorang yang munafik dan ‘lebai’ yang tidak boleh digunapakai.

Mana tidaknya, PU Syed atau nama sebenarnya  Syed Mohd Bakri Syed Ishak cukup terkenal dengan kelantangannya bersuara dalam memberi nasihat dan teguran terhadap sesuatu isu yang bertentangan dengan ajaran ‘Islam’ dilihat hanya berdiam diri apabila konsert NOAH bakal berlangsung nanti.

Tidak berdiam diri, PU Syed tampil bersuara dan mempertahankan dirinya mengenai tuduhan individu tersebut.

Jelas PU Syed, dia tetap meneruskan dakwah dan pencegahan maksiat agar generasi akan datang tidak terus hanyut

“Baru secebis ejekan dan cercaan yang diterima… maka al-Quran merakamkan perbuatan dan kata-kata umat terdahulu kepada para Rasul yang diutuskan Allah.
“Dakwah dan pencegahan maksiat perlu diteruskan. Kita sayang agama yang tercinta ini agar generasi akan datang tidak terus hanyut,”tulisnya dalam sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.

PU Syed turut dipersoal warganet kerana dikatakan ‘berat sebelah’ apabila tidak membantah konsert beberapa artis dari negara seberang selain NOAH.

Terdahulu, pendakwah bebas itu juga menyatakan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya mahu menganjurkan konsert berunsurkan hiburan, namun biarlah tiada unsur-unsur lagha dan melalaikan dari ingat kepada Allah.

Sumber: Instagram @pusyed_official