Doktor lesu balik kerja shift malam terpaksa kerah tenaga tolak kereta ‘double park’

Doktor lesu balik kerja shift malam terpaksa kerah tenaga tolak kereta ‘double park’

Masalah ‘double park’ sememangnya sering kali terjadi terutamanya ditempat-tempat yang mempunyai ramai orang dan masing-masing membawa kenderaan.

Ia akan lebih merumitkan keadaan andai pemandu kenderaan yang membuat double park tidak meninggalkan nombor telefon ataupun menurunkan handbreak sehingga menyusahkan orang lain.

Hal ini dikongsikan sediri oleh seorang pengguna Twitter yang juga seorang doktor apabila memuat naik video rakan sekerjanya yang keletihan kerana mengharungi shift malam terpaksa menahan sabar kereta yang di parkir dihalang oleh kenderaan lain.

Dapat dilihat doktor wanita itu cuba menolak kereta yang menghalang kenderaanya namun tidak berdaya. Difahamkan, pemilik kereta tidak meninggalkan sebarang maklumat yang boleh dihubungi untuk mengalihkan kenderaannya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai warganet terutamanya staf hospital yang turut menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan ‘double park’ sehingga mental breakdown.

Mereka juga merasakan individu yang membuat ‘double park’ tanpa meninggal nombor telefon atau sebarang maklumat lain adalah seorang yang tidak bertanggungjawab serta menyusahkan orang lain.

 

Sumber: Twitter @abangridhwan

Scroll to Top