Donald Trump Dengan Yakin Kata Perang Dengan Iran Sudah Tamat

Donald Trump Dengan Yakin Kata Perang Dengan Iran Sudah Tamat

Trending

Perang Iran disahkan berakhir oleh Donald Trump, rundingan kedua dijangka berlangsung dalam masa terdekat.


Ohmedia sebenarnya malas nak cover pasal isu Trumpet ni, tapi kita buat je la sebab nak jadikan rekod kebodohan mereka ni. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ada buat dakwaan yang perang dengan Iran sudah tamat.

Kenyataan itu dikeluarkannya dalam satu temu bual bersama Fox News, Trump sahkan bahawa operasi ketenteraan terhadap Iran sebenarnya sudah pun berakhir. Dia turut dakwa, rundingan seterusnya juga bakal berlangsung tak lama lagi.

Perang Iran sudah hampir berakhir

Kredit foto Facebook Donald J Trump

Menurut laporan, kenyataan ini dikongsikan oleh wartawan Maria Bartiromo yang menemuramah Trump mengenai beberapa isu besar termasuk ekonomi, NATO dan konflik Iran.

Dalam temu bual tersebut, Trump dilihat yakin ketika menjawab soalan mengenai status perang tersebut. Jawapan yang diberikan memang ringkas, tapi cukup jelas.

Sudah berakhir.- Katanya.

Rundingan kedua bakal bermula

Iran
Kredit foto Janaan AI

Apa yang buat situasi ni lagi menarik, Trump turut beri bayangan bahawa rundingan kedua antara Amerika Syarikat dan Iran akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, beliau ada menyebut bahawa rundingan itu boleh berlangsung dalam tempoh dua hari sahaja. Ini menunjukkan kedua-dua pihak mungkin sedang bergerak ke arah penyelesaian yang lebih stabil.

Pssttt! Dalam isu besar macam ni, penting untuk kita tapis maklumat dan tengok perkembangan dari pelbagai sudut. Jangan terus percaya satu sumber sahaja, sebab dunia politik memang sentiasa berubah.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top