Donald Trump Padam Gambar AI Nabi Isa Selepas Dikecam

Donald Trump Padam Gambar AI Nabi Isa Selepas Dikecam

Oh! Tidak

Trump padam gambar AI seperti Nabi Isa selepas dikecam pemimpin agama dan netizen di media sosial.


Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila beliau memuat naik imej janaan AI yang menggambarkan dirinya seolah-olah Nabi Isa.

Hantaran itu terus menjadi bualan hangat selepas ramai pihak melihatnya sebagai sesuatu yang sensitif dan tidak wajar.

Tak lama lepas tu, gambar tersebut akhirnya dipadam selepas menerima bantahan hebat daripada pemimpin agama dan juga penyokongnya sendiri. Isu ini terus hangat diperkatakan, lebih-lebih lagi bila melibatkan sentimen keagamaan.

Gambar AI Donald Trump jadi Nabi Isa cetus kontroversi

Donald Trump

Imej yang dimuat naik di platform Truth Social itu menunjukkan Trump memakai jubah merah putih sambil menyentuh seorang lelaki seperti sedang menyembuhkan penyakit. Dalam masa sama, kelihatan cahaya bersinar dari tangan dan kepalanya dengan latar belakang bendera Amerika.

Beberapa individu dalam gambar itu pula dilihat memandang ke arahnya dengan penuh hormat, seolah-olah menggambarkan situasi keagamaan yang cukup simbolik.

Trump nafi niat samakan dirinya dengan Nabi Isa

Apabila ditanya, Trump menafikan beliau cuba menggambarkan dirinya sebagai Nabi Isa. Sebaliknya, beliau memberi penjelasan lain mengenai maksud sebenar gambar tersebut.

Saya memang memuat naiknya, dan saya fikir ia menunjukkan saya sebagai seorang doktor dan ada kaitan dengan Palang Merah. Ia sepatutnya menggambarkan saya sebagai seorang doktor yang menyembuhkan orang.

Dan saya memang menyembuhkan orang. Saya membuatkan ramai orang menjadi jauh lebih baik.- Katanya.

Dikecam pemimpin agama sendiri

Menariknya, kritikan bukan saja datang daripada pihak lawan, malah dari kalangan tokoh Kristian konservatif yang selama ini menyokong beliau.

Saya tidak tahu sama ada Presiden menyangka ini kelakar atau jika beliau berada di bawah pengaruh sesuatu bahan, atau apa penjelasan lain yang mungkin bagi penghinaan agama yang ‘teruk’ ini.- Katanya.

Trump juga sebelum ini pernah berkongsi imej berunsur keagamaan termasuk gambaran dirinya bersama Nabi Isa dalam mahkamah, selain disamakan dengan figura tersebut oleh penasihatnya.

Pssttt! Bab agama ni memang sensitif, korang. Apa pun niat seseorang, bila melibatkan kepercayaan ramai, kena lebih berhati-hati. Kadang benda yang nampak “sekadar konten” boleh jadi isu besar kalau tak fikir panjang dulu.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top