DSV Lantik Peguam Selesai Isu Hutang RM1 Juta, Mohon Diberi Ruang

DSV Lantik Peguam Selesai Isu Hutang RM1 Juta, Mohon Diberi Ruang

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memberitahu pihaknya sudah melantik pegum bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutan serta sitaan melibatkan asetnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Vida berkata dia mengambil perkara itu dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian mengenai perkara berkenaan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

“Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Vida turut memohon orang ramai memberikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan tenang.

“Saya amat menghargai sokongan semua pihak dan berharap agar diberi ruang untuk menangani perkara ini dengan tenang dan profesional,” katanya.

Semalam, aet serta beberapa buah kereta mewah milik usahawan sensasi itu terpaksa disita berikuta gagal menyelesaikan hutang.

Difahamkan, usahawan itu gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.


Scroll to Top