audreymd@nst.com.my
Georgetown: Polis menemui senjata dipercayai digunakan dalam pembunuhan seorang wanita dan anak angkatnya, di rumah sewa mereka di Juru pada Sabtu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, senjata itu ditemui di belakang rumah mangsa.
“Setakat ini, siasatan masih dijalankan.
“Bagaimanapun saya boleh mengesahkan bahawa kami sudah menemui senjata dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya ketika dihubungi kepada The New Straits Times.
Aziziee bagaimanapun tidak mengulas lanjut .
Semalam, pakar patologi forensik Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Zahari Noor memaklumkan penemuan awal menunjukkan kedua-dua mangsa dikelar di leher.
Beliau berkata, objek berat dan tajam seperti pisau pemotong daging mungkin digunakan.
Dalam kejadian itu, Sariya Che Hin, 51, dan anak angkatnya berusia 11 tahun ditemui meninggal dunia di rumah sewa mereka.
- 2 lagi lelaki ditahan
- ‘Motif pembunuhan dua beranak belum jelas’ – KP Pulau Pinang
- ‘Tak dengar langsung ada bunyi orang jerit minta tolong atau apa-apa pun’ – Jiran
- Jenazah dua beranak dikebumi dalam satu liang lahad
- Corak kecederaan hampir serupa, ibu dan anak dipercayai diserang dalam tempoh sama – Pakar Patologi
- Kematian kedua-dua mangsa akibat tetakan di belakang leher
- ‘Arwah Sariya gembira dan ceria, dia tak pernah cerita masalah dengan sesiapa’ – Ibu saudara mangsa bunuh
- Sariya ambil Nur Afrina sebagai anak angkat sejak kecil
- ‘Saya tak boleh terima, binatang pun sayangkan anaknya’ – Abang mangsa bunuh
- Lelaki ditahan polis
- Rakaman suara tular: ‘Isteri aku dengan anak aku kena bunuh’
- Suami sebak beritahu jiran anak isteri mati dibunuh
- Ibu, anak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan
© New Straits Times Press (M) Bhd




