Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dunia, 4 cedera

Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dunia, 4 cedera
Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dunia, 4 cedera

Empat orang cedera setelah dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada Rabu – Foto: Agensi

ISTANBUL – Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai (DXB) pada Rabu, menyebabkan empat orang cedera, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Pejabat Media Dubai.

Pejabat itu menyatakan bahawa insiden berkenaan menyebabkan kecederaan ringan kepada dua warga Ghana dan seorang warga Bangladesh, manakala seorang warga India mengalami kecederaan sederhana.

Menurut pejabat itu, trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai terus beroperasi seperti biasa.

Ketegangan serantau memuncak selepas Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan bersama ke atas Iran, yang mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran kemudiannya melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS. – Bernama

 

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Dua dron jatuh berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai menyebabkan empat orang cedera
  • Kejadian itu melibatkan dua warga Ghana dan seorang warga Bangladesh dengan kecederaan ringan, dan seorang warga India dengan kecederaan sederhana
  • Trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai terus beroperasi seperti biasa
  • Ketegangan serantau meningkat selepas serangan bersama Israel dan AS ke atas Iran, mengorbankan lebih 1,200 orang termasuk Ayatollah Ali Khamenei
  • Iran melancarkan serangan balas dengan dron dan peluru berpandu ke Israel, Jordan, Iraq, dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS
Scroll to Top