
Aymen meraikan jaringan bersama pemain Iraq lain selepas meldak gol kedua pasukan ketika berdepan Jepun dalam aksi Kumpulan D di Stadium Education City, Al-Rayyan. Foto AFP
JUARA 2007, Iraq mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Asia Qatar 2023 selepas mengejutkan Jepun, 2-1 dalam aksi Kumpulan D di Stadium Education City, Ar-Rayyan pada Jumaat.
Skuad kendalian, Jesus Casas tampil garang selepas menyingkap saingan dengan kemenangan 3-1 ke atas Indonesia di Stadium Ahmed bin Ali pada 15 Januari.
Aymen Hussein yang beraksi untuk kelab liga Iraq, Al-Quwa Al-Jawiya muncul wira buat pasukannya apabila meledak dua gol bagi menumbangkan juara empat kali itu.
Gol pertama Iraq terhasil menerusi sentuhan Aymen yang menewaskan penjaga gol The Blue Samurai, Zion Suzuki pada minit kelima.



