Dua minggu bergelar ibu tiri, Noor Nabila titip ucapan hari lahir buat Engku Aleesya

Cerita tentang keluarga selebriti Neelofa pastinya menjadi bualan pada seminggu dua ini. Dari perkahwinan kakaknya, Noor Nabila dan juga Engku Emran sehingga adik mereka, Ameera Khan mulai berhijab menjadi topik utama di media sosial.

Selepas hampir dua minggu mendirikan rumah tangga, Noor Nabila telah memuat naik fotonya bersama anak kepada Engku Emran iaitu Engku Aleesya dengan mengucapkan selamat hari lahir buat gadis itu.

Dalam pada itu, Nabila juga turut menitipkan doa kepada anak tirinya dengan berharap agar Aleesya sentiasa diluaskan rezeki dan dipanjangkan usia serta segala yang dipohon dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Dia juga meluahkan rasa sayangnya kepada Aleesya serta sentiasa mendoakan agar anak gadisnya itu dilindungi dan dirahmati selalu.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet mengucapkan selamat hari lahir yang ke-12 buat Aleesya. Mereka juga turut mendoakan supaya anak kepada Engku Emran dengan bekas isterinya, pelakon terkenal Erra Fazira supaya terus dilimpahi kash sayang lebih-lebih lagi dengan keluarga barunya.

 

Sumber: Noor Nabila