Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri tampil menyatakan kemarahannya mengenai penyelewengan dana zakat berjumlah ratusan ribu ringgit membabitkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti yang tular baru-baru ini.
Kata Aliff, individu yang terlibat disifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan dek kerana menyalahgunakan wang zakat sehingga menjejaskan golongan memerlukan.
“Kau punya hati ni apa? Hati binatang ke? Hati apa lagi? Kau tengok duit zakat pun kau nak sakau.
“Kau tahu tak duit tu untuk fakir miskin, ibu tunggal dan pelajar. Kau sakau kenapa?,” soalnya.
Artikel Berkaitan:Azhar Sulaiman Respons Kes Selewang Dana Zakat Babitkan Wang RM230 Juta – “Geng Tak Amanah Ni Seperti Tupai, Pasti Jatuh Ke Tanah & Dilaknat Allah”
Artikel Berkaitan:Wawa Zainal & Aeril Zafrel Komited Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta Selama 3 Tahun – “Tuhan Akan Murahkan Rezeki Jika Sentiasa Memberi”
Artikel Berkaitan:Pernah Terima Bantuan Zakat, Kini Bayar RM2 Juta Tunai Zakat Perniagaan… Aliff Syukri Luah Rasa Syukur
Menganggap perbuatan tersebut bukan sahaja mengkhianati amanah, tetapi memberi impak besar terhadap golongan yang betul-betul bergantung kepada bantuan tersebut.
Sehinggakan, ada pihak yang terpaksa merayu untuk mendapatkan bantuan, namun gagal disebabkan penyelewengan yang berlaku.
Tidak habis disitu, beberapa pihak melibatkan institusi zakat di beberapa buah negeri juga turut terpalit dengan isu sama.
“Fikir, patutnya duit itu dapat untuk orang miskin. Lepastu orang merayu-rayu sampai tak dapat kau lah puncanya. Engkau puncanya.
“Lepastu, yang mencurinya beberapa orang… yang kena semua Lembaga Zakat Selangor, Kedah, Pahang semua terlibat. Orang jadi takut,” katanya.
Dalam hantaran sama, Aliff menegaskan dirinya antara individu yang bekerja keras dalam perniagaan dengan niat untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan melalui pembayaran zakat.
“Tahu tak, saya ini berniaga siang malam, dengan niat nak bantu orang beri zakat.
“Saya ini jual beg dan macam-macam produk demi misi nak beri zakat kepada orang sebanyak yang mungkin tetapi awak tukang sakau,”jelasnya.




