Durakovic sahut cabaran pacu kejayaan Star City FC

Durakovic sahut cabaran pacu kejayaan Star City FC

sukan@hmetro.com.my

Alor Setar : Kehadiran Jurulatih berpengalaman Mehmet Durakovic bakal membuka dimensi baharu buat kelab dengan jenama baharu Star City FC (SCFC) dalam usaha memburu kejayaan yang lebih tinggi pada saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini.

Menerusi maklumat rasmi SCFC, beliau yang tiba di Alor Setar semalam, bakal memulakan tugas rasmi sebagai ketua jurulatih baharu bermula pada hari ini dengan meninjau keadaan latihan pasukan.

“Misi Durakovic akan bermula esok untuk meninjau persiapan latihan pasukan sebelum ia bermula secara rasmi pada 18 Julai ini,” menurut kenyataan kelab.

Menurut Durakovic yang juga bekas pengendali Selangor dan Perak, beliau sedia menyahut cabaran memacu nama SCFC ke puncak kejayaan dan menganggap tawaran kembali ke saingan Liga M pada musim ini merupakan satu penghormatan buat dirinya.

“Selepas beberapa tahun ianya satu penghormatan yang diberikan kepada saya untuk menggalas tugas besama pasukan ini dan saya berharap kelab ini mampu mencapai kejayaan pada musim Liga M kali ini.

“Bagi saya, tugas ini adalah satu cabaran besar untuk mengendalikan kelab baharu seperti SCFC, tetapi itulah sebenarnya yang saya nantikan dengan cabaran yang berbeza dan saya nantikan selepas beberapa tahun berlalu dalam Liga M.

“Saya beri jaminan dan akan pastikan setiap pemain yang menyarung jersi kelab ini akan memberi aksi mereka seratus peratus dan mewujudkan satu kumpulan keluarga di dalam dan juga di luar padang,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top