Oh! Artis
Eda Ezrin mungkin tidak bebas minggu depan selepas pendakwa raya Thailand rancang rayuan baharu kes pil yaba.
Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin bersama lima individu lain telah dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba sebelum ini tapi nampaknya ia mungkin tak kekal lama.
Menurut laporan Harian Metro, pendakwa raya Thailand bakal mengemukakan rayuan sebelum tarikh akhir pada 6 Ogos, dan perbicaraan semula dijangka akan dijalankan di mahkamah asal di Narathiwat.
Pendakwa raya sudah membawa rayuan ke mahkamah pusat dan dijangka merujuk kes ini kembali ke mahkamah asal untuk perbicaraan semula.
Tuduhan baharu mungkin menanti Eda Ezrin dan yang lain?

Lebih membimbangkan, ada kemungkinan kes baharu akan dibuka terhadap semua enam rakyat Malaysia terbabit, namun tuduhan spesifik masih belum jelas setakat ini.
Mahkamah sebelum ini telah bebaskan mereka

Pada Mac lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan Eda, suaminya Mohd Affendi Ahmad, serta empat rakan mereka selepas hakim meneliti semua keterangan saksi pendakwaan.
Namun begitu, untuk tuduhan penggunaan dadah, mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda 4,000 baht (RM526) kepada setiap mereka.
Pssttt! Kes di luar negara bukan sekadar tentang undang-undang, ia melibatkan maruah dan masa depan. Elakkan diri daripada situasi berisiko, lebih-lebih lagi di tempat orang.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




