Eddie Howe dilantik pengurus baharu Newcastle

LONDON – Newcastle United mengesahkan Eddie Howe sebagai pengurus baharu kelab itu walaupun melakukan rundingan dengan Unai Emery, lapor The Guardian.

Newcastle dalam kenyataan berkata, kelab tersebut mengumumkan Howe sebagai pengurus baharu dengan kontrak sehingga 2024.

Howe berkata, ia satu kebanggaan untuk menjadi ketua jurulatih kelab beprestij Newcastle United.

“Ini adalah hari yang membanggakan diri saya dan keluarga. Ini adalah peluang yang luar biasa, namun masih ada banyak kerja yang harus dilakukan oleh kami selepas ini.

“Dan saya sudah bersemangat untuk berada di padang latihan dan mulai bekerja dengan para pemain,” katanya dalam kenyataan sama.

Howe, 43, merupakan bekas pemain dan pengurus AFC Bournemouth.

Dia bermain lebih 300 kali untuk Bournemouth dan mengendalikan pasukan itu sebagai pengurus selama lima tahun daripada 2015 hingga 2020.

Newcastle dilaporkan akan memberikan dana perpindahan kepada Howe untuk dibelanjakan pada Januari ini.

Sementara itu, difahamkan, Emery menolak tawaran tersebut pada saat-saat akhir.

Selain Unai, beberapa nama juga dikatakan menolak tawaran Newcastle iaitu Antonio Conte kerana tidak ada jaminan dia berkuasa dalam keputusan akhir melibatkan jual beli pemain.

Conte kemudian menyertai Spurs selepas pemecatan Nuno Espirito.

Zidane turut dikaitkan dengan Newcastle namun pengurus itu masih menunggu jawatan di pasukan kebangsaan Perancis. – MalaysiaGazette