EGM PAFA selesai, tunggu pengumuman menteri

EGM PAFA selesai, tunggu pengumuman menteri

Khairudin (kiri) meninjau pendaftaran PADU di PEDi Bota pada Khamis.

PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) sedang menunggu maklum balas terkini daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Kementerian Belia dan Sukan berhubung status Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang telah dilaksanakan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, EGM kendalian jawatankuasa ad hoc telah selesai diadakan pada 22 Disember 2023.

Menurutnya, laporan mengenai pelaksanaan mesyuarat tersebut telah dihantar kepada Kementerian Menteri Belia dan Sukan (KBS) untuk tindakan lanjut.

“Kita masih menanti laporan dan tindakan daripada PJS dan KBS berkaitan status permohonan tersebut dan besar harapan agar pelaksanaan EGM itu sah agar jawatankuasa eksekutif PAFA yang dilantik itu dapat melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Scroll to Top