Eina Azman Hadiahkan Pembantu Rumah Rantai Emas Sempena Hari Jadi

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Sempena ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya, pelakon Datin Paduka Eina Azman menghadiahkan sekalung rantai emas sebagai tanda menghargai jasanya.

Menerusi entri itu, Eina turut menguucapkan terima kasih buat pembantu rumahnya bernama Mega itu yang banyak membantu meringankan kerja-kerjanya.

BACA: Eina Azman Makan Nasi Dua Kali Sebulan Mahu Pinggang Kekal Ramping

“Terima kasih sebab banyak membantu meringankan segala kerja-kerja saya di rumah. Saya hargai sangat.

“Kamu nak rantai baru kan ni saya hadiahkan untuk kamu buat kali kedua sebab yang pertama tu dia ganas sangat sampai terputus. Kami semua sayang kamu Mega,” katanya.

Difahamkan lagi, ia merupakan sambutan hari jadi terakhir buat wanita itu sebelum pulang ke kampung halamannya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji layanan baik Eina terhadap pemantu rumahnya.

Malah, ada yang berseloroh mahu bekerja dengan pelakon berkenaan apabila melihat Eina sentiasa melayan baik pembantu rumahnya.