Pelakon, Erysha Emyra meraih pujian ramai selepas aktres itu elak diangkat lelaki bukan mahram ketika sedang berlatih tarian tradisional Cina, Tarian Singa.
Menerusi satu hantaran di TikTok, ramd00om telah memuat naik satu video memaparkan Erysha atau nama penuhnya Nur Erysha Emyra Zakaria sedang menyertai latihan tarian singa hadapan sebuah tokong.
Erysha Emyra elak diangkat lelaki
@ramd00om
Pada video itu, pelakon berusia 25 tahun itu kelihatan sedang menunggu giliran untuk melakukan latihan melompat ke atas bangku yang mana latihan itu memerlukan bantuan orang lain.
Sebaik tiba giliran Erysha, lelaki yang ditugaskan untuk membantu aktres itu melompat cuba memegang pinggang pelakon itu namun ditolak dengan cepat.
Erysha enggan disentuh oleh lelaki berkenaan disamping menolaknya sedikit sebelum meminta bantuan dengan wanita yang berada di belakang barisan aktres itu.
Artikel lain: Peroleh 9A SPM, Erysha Emyra tak setuju konten tayang keputusan gagal
Sebelum melompat, Erysha kelihatan memandang lelaki berkenaan dengan wajah yang sedikit tidak berpuas hati disamping turut menggeleng kepala kemudian melompat.
Lelaki itu hanya bergerak ke tepi perlahan-lahan sambil bercekak pinggang namun dia memastikan untuk melihat cara lompatan daripada pelakon tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji aktres tersebut kerana berani menolak daripada disentuh oleh lelaki bukan mahramnya.
Terbaik la Erysha, elak diangkat lelaki
Garangnya muka, lelaki tu nak ambik kesempatan
Bagus macam ni kena sentuh mengelak
Terbaik! Pandai jaga diri
Selamba sentuh, terbaik akak
Bagaimanapun, ramai juga yang mendakwa video itu sebenarnya diambil ketika Erysha sedang melakukan penggambaran bagi drama terbarunya, The Lion Girl.
Drama terbaru Astro ni, The Lion Girl
Berlakon apa pula ni?
Dia tengah berlakon ye
Part tak nak sentuh tu ada dalam skrip
Shooting ke tak shooting, macam ni kita nak, berani menolak!
Sumber: TikTok rand00om