“Elektrik Ni Semua Pengurusan Bayar” – Tular Pak Cik Diminta Keluar Dari Surau Perumahan | Trending – Oh! Media

“Elektrik Ni Semua Pengurusan Bayar” – Tular Pak Cik Diminta Keluar Dari Surau Perumahan | Trending – Oh! Media

Trending

Pakcik ditegur kerana solat di surau kawasan perumahan. Wanita dakwa ia hak eksklusif penduduk.


Satu video yang tular di TikTok telah mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Video itu memaparkan seorang wanita menegur seorang warga emas yang duduk di dalam surau kawasan perumahan.

Difahamkan, pakcik tersebut datang ke surau untuk menunaikan solat Subuh. Selepas solat subuh, pak cik itu menunaikan solat sunat yang lain pula.

“Pakcik bukan penduduk sini, jadi tak boleh”

Wanita itu yang dipercayai mewakili pihak pengurusan memintanya untuk keluar dengan alasan berlaku kecurian dan hak penggunaan fasiliti.

Pak Cik

Dalam video yang dimuat naik, kedengaran wanita itu menyatakan dengan nada tegas namun masih sopan.

Pakcik minta maaf ya, saya nak tanya pakcik buat apa dekat sini? Pakcik penduduk sini ke? Minta maaf ye tak boleh sebab kita ada kes kecurian, jadi selepas solat subuh tu pakcik boleh beredar.

Beliau turut menegaskan bahawa fasiliti seperti lampu dan elektrik ditanggung oleh penduduk melalui bayaran penyelenggaraan.

Ini harta penduduk sini, mereka bayar maintenance, jadi pakcik penduduk luar kan. So datang untuk solat subuh kan? Lepastu pakcik datang la lagi untuk lain, sebab elektrik ni semua kan pihak pengurusan yang bayar.

Wanita itu turut menegur pakcik berkenaan kerana tidak menutup lampu surau selepas digunakan. Dia juga akan mengunci surau selepas ini.

Netizen simpati, ada yang setuju

Situasi ini nyata menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati dengan pakcik tersebut kerana hanya ingin menunaikan ibadah, manakala ada juga yang memahami tindakan wanita itu demi menjaga keselamatan dan hak eksklusif penduduk berbayar.

Perkara ini membuka persoalan lebih besar tentang akses kemudahan awam seperti surau dalam kawasan perumahan berpagar. Adakah ia wajar dikhaskan sepenuhnya untuk penduduk atau sebaliknya?

Pssttt! Alamak, kalau hak ekslusif penduduk je baik letak notis supaya orang luar tahu tak boleh masuk kan.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top