Elizabeth Tan Mohon Maaf Terpaksa Rahsia Perkahwinan

Tiada angin tiada ribut, pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan mengejutkan ramai apabila tular gambar dan video perkahwinannya di media sosial.

Mengesahkan sudah bergelar isteri dalam majlis serba ringkas semalam, Lizzy berkata pada awalnya dia dan suami, Siew Jim ingin merahsiakan perkara itu, namun berita itu dikongsikan oleh bapanya sendiri di media sosial.

BACA: Rakan Sahkan Elizabeth Tan Sudah Berkahwin

“Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja. Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja, ” katanya.

Dalam pada itu, Lizzy berpendapat perkahwinan adalah satu perkara yang sangat peribadi dan memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menjemput semua ke majlis tersebut.

“Perkahwinan adalah satu perkara yang sangat peribadi. Saya ingin memohon amaf sekali lagi keran tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain serta rakan-rakan media.

“Pada saya memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan berharap semua dapat terima dan hormat keputusan ini,” katanya.