Emma tarik diri Terbuka Auckland

Emma tarik diri Terbuka Auckland

Auckland: Juara Grand Slam, Emma Raducanu, menarik diri dari Terbuka Auckland kerana mengalami kecederaan belakang.

Keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu dan menjadi halang kepada dirinya yang dalam persiapan menyertai Terbuka Australia bermula dari 12 Januari ini.

Emma yang diletakkan sebagai pilihan keenam dalam aksi pemanas badan di Auckland itu, sepatutnya turun beraksi menentang pemain Amerika, Robin Montgomery, hari ini namun membuat pengumuman menarik diri.

“Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk bersedia. Saya suka Auckland dan peminat di sini.

“Tetapi malangnya, saya mengalami sedikit masalah belakang dan saya tidak akan cukup bersedia waktu ini,” kata juara Terbuka AS dari Britain itu dalam satu kenyataan.

Emma terus dihantui dengan kecederaan sejak memenangi satu-satunya gelaran Grand Slamnya pada 2021 dan terlepas lima kejohanan dalam jelajah Asia WTA tahun ini selepas mengalami kecederaan ligamen kaki terseliuh.

Pemain berusia 22 tahun itu juga menghabiskan sebahagian besar musim lalu menjalani proses pemulihan selepas pembedahan buku lali dan pergelangan tangannya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top