Empat juruterbang maut, pesawat latihan bertembung di udara

Empat juruterbang maut, pesawat latihan bertembung di udara

Manila: Empat juruterbang maut selepas dua pesawat latihan Tentera Udara Filipina bertembung sebelum terhempas di sebuah pangkalan udara di selatan Manila, pada Jumaat.

Tentera Udara Filipina dalam kenyataan semalam berkata, nahas membabitkan dua pesawat SF-260 itu berlaku ketika latihan penerbangan di Pangkalan Udara Fernando, wilayah Batangas.

Media tempatan melaporkan kedua-dua pesawat berkenaan bertembung di udara sebelum terhempas di dalam kawasan pangkalan udara.

Tiada mangsa lain dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Tentera Udara Filipina menggantung sementara operasi keseluruhan pesawat latihan SF-260 miliknya sementara siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

Pada Mei lalu, dua juruterbang maut apabila pesawat latihan SF-260 terhempas di kawasan pergunungan di utara Filipina.

Satu lagi pesawat SF-260 TP Marchetti turut terhempas ketika penerbangan latihan pada 2023, mengorbankan dua juruterbang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top