Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Konsert Keluarga Penuh Magis Bakal Berpadu Suara, Gegarkan Pentas Mega Star Arena!

Empat Live In Kuala Lumpur 2025: Konsert Keluarga Penuh Magis Bakal Berpadu Suara, Gegarkan Pentas Mega Star Arena!

Satu malam, empat suara, satu keluarga! Sejarah bakal tercipta apabila empat nama tersohor Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal bersatu dalam konsert eksklusif bertajuk Empat Live In Kuala Lumpur 2025 yang akan berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Lebih daripada sekadar sebuah persembahan, konsert ini adalah lambang cinta, semangat kekeluargaan dan bakat luar biasa yang merentasi dua generasi seni tanah air.

“Ini bukan tentang kami berempat sahaja. Ini tentang kasih yang mengikat kami, tentang penghargaan kepada peminat yang menyokong dari satu generasi ke satu generasi,” kata Anuar Zain, yang menjadi pencetus kepada konsert yang sudah dirancang sejak beberapa tahun lalu.

Ziana Zain, yang terkenal dengan vokal ikonik dan persembahan penuh emosi, menyifatkan konsert ini sebagai sebuah perayaan muzik dan cinta.

“Peminat hadir untuk menyaksikan satu konsert, tetapi mereka bakal menikmati karya dari dua era zaman saya dan Anuar, serta generasi baharu seperti Ernie dan Syamel,” katanya.

Bagi Ernie, peluang berkongsi pentas bersama idola dan ahli keluarga adalah detik yang sangat emosional dan bermakna, Syamel pula melihat konsert ini sebagai satu lonjakan besar dalam karier seninya.

Bagi memastikan persembahan ini mencapai tahap tertinggi, penganjur melantik nama besar industri, Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert dan Sze Wan selaku pengarah muzik yang menjanjikan malam penuh magis:

Konsert Empat Live In Kuala Lumpur 2025 dijangka menjadi momen ikonik dalam industri muzik tempatan, bukan sahaja kerana gabungan luar biasa empat artis hebat, tetapi juga kerana ia menzahirkan kekuatan cinta, perpaduan dan warisan seni dalam sebuah keluarga.

Tiket boleh mula dibeli pada 25 April 2025 jam 10.00 pagimelalui laman www.ticket2u.com.my/empatkl dengan harga bermula dari RM288 (Bronze) hingga RM2,088 (Royal Twin Seat). 

Scroll to Top