“Saya Akan Ambil Anak-Anak & Jaga Lepas Selesai Bayar Hutang” – Gagal Jadi Bapa Terbaik, Datuk Red Mahu Tebus Kesalahan

“Saya Akan Ambil Anak-Anak & Jaga Lepas Selesai Bayar Hutang” – Gagal Jadi Bapa Terbaik, Datuk Red Mahu Tebus Kesalahan

Usahawan, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Adnan seakan menyatakan janji untuk memikul tanggungjawab menjaga anak-anaknya selepas isu hutang selesai.

Menerusi komen yang ditinggalkan di sebuah video  memaparkan aktres, Abby Abadi mempersoalkan mengapa segelintir netizen memarahi apabila ada wanita menuntut hak nafkah daripada suami mereka.

Datuk Red yang bersetuju dengan kenyataan Abby itu secara terbuka mengaku, dirinya sebelum ini pernah gagal menjadi suami kepada selebriti Adira Suhaimi.

Malah, dalam komen itu juga, Datuk Red bersumpah akan memikul semula tanggungjawab menjaga anak-anak selepas masalah hutangnya selesai. 

“Betul, yang ini saya sokong.. saya sendiri gagal.

“Tapi, saya bersumpah jika saya lepas halangan hutang ini, saya akan ambil valik anak-anak dan jaga atas kesilapan saya selama ini,” katanya.

Meninjau ke ruangan balas, ramai dalam kalangan netizen memuji Datuk Red seorang lelaki yang berani mengaku kesilapannya serta amat mengutamakan peranannya sebagai sosok bapa dalam keluarga.

Ada juga segelintir netizen mendoakan agar urusan pembayaran hutang Datuk Red segera selesai.

Scroll to Top