Empat tan bunga segar hiasi pelamin tema ‘Jabal Rahmah’ Neelofa-Haris

Majlis pernikahan Neelofa da PU Riz masih lagi menjadi tajuk utama semua media sosial pada hari ini. Dari busana yang digayakan sehingga menu makan beradab menjadi perbualan netizen.

Paling mencuri tumpuan sudah tentu tema Jabal Rahmah yang diketengahkan dalam majlis tersebut menjadi sorotan media dan warganet.

Memilih Reka Teemor sebagai wedding planner untuk majlis istimewa ini, pelamin tersebut terlihat sangat cantik dengan dihiasi empat tan bunga ros putih segar yang dibentuk menjadi seperti gambaran Jabal Rahmah di tanah suci Mekah.

Hal ini dijelaskan sendiri pengasas dan pemilik Reka Teemor di ruangan Instagram apabila cuba sedaya mungkin ‘menyorok’ daripada paparazi selama hampir tiga minggu bagi merialisasikan pelamin indah itu.

Sememangnya konsep yang diketengahkan diinspirasikan daripada pergunungan tempat Adam dan Hawa bertemu.

Menerusi Mstar, pelamin indah itu difahamkan dihiasi dengan 4 tan bunga segar dari beberapa jenis bunga berbeza seperti mawar putih, orked dan baby breath.

 

 

Sehubungan dengan itu, pihak Reka Teemor mendoakan agar pasangan mempelai iaitu Neelofa dan Haris akan terus menjadi penyejuk hati masing-masing dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Reka Teemor merupakan pereka dan perunding perkahwinan yang kerap menjadi pilihan selebriti tiap kali melangsungkan perkahwinan.

Sentuhan magis daripada pasangan suami isteri iaitu Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz sentiasa berjaya mencuri perhatian warganet kerana begitu kreatif dan eksklusif mengikut tema yang diminta oleh pelanggannya.

Sumber: Mstar, Reka Teemor