Enam layak ke final Big Stage minggu depan

Enam layak ke final Big Stage minggu depan

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Shah Alam: Nadeera Zaini menjuarai konsert separuh akhir Big Stage musim kelima malam ini dan mengutip markah sebanyak 98.67 peratus untuk layak ke pentas akhir Big Stage minggu depan. 

Turut layak ke pentas akhir ialah Waode dengan markah 97. 33 peratus, Hoondoo (97 peratus), Aufahanie (93. 33 peratus), Puteri Khareeza (85.33 peratus) dan Putera Muhammad (76.67 peratus).

Dalam pada itu, kumpulan duo, Dem Lepak Boyz yang diwakili Zaidy dan Hazel serta Firdaus Rahmat gagal meneruskan kemaraan ke pentas akhir program realiti nyanyian itu. 

Mereka tersingkir pada konsert yang bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi. 

Dem mendapat markah sebanyak 58 peratus, manakala Firdaus mendapat markah 83 peratus sekali gus gagal meneruskan perjuangan ke pentas final pada minggu depan. 

Nyanyian Dem menerusi lagu C.h.r.i.s.y.e secara berduet dengan Ayie Elham serta Firdaus dengan lagu Stay berduet dengan Ismail Izzani  gagal memuaskan hati juri iaitu Ajai dan Aina Abdul serta juri undangan Datuk AC Mizal. 

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top