Enam mangsa semuanya – Bomba

Enam mangsa semuanya – Bomba

illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Lima buruh asing dan seorang warga tempatan terbabit dalam kejadian komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Jalan Alam Damai, di sini.

Dua buruh asing maut terjauh dari ketinggian 40 meter, seorang maut kerana tersepit pada struktur besi, manakala dua lagi terselamat.

Pemandu kereta yang ditimpa gantri itu cedera pada leher dan sudah dikejarkan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Nordin Pauzi, berkata ketika ini kerja mengeluarkan seorang lagi mangsa yang terhimpit di antara struktur besi itu sedang dijalankan.

“Mangsa lain sudah dibawa keluar termasuk pemandu kenderaan yang terhempap komponen kren yang terjatuh.

“Kita juga dapat kerjasama daripada pihak kontraktor untuk membuat angkatan kepada bebanan yang menimpa mangsa,” katanya di tempat kejadian, hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang meninggal dunia akibat terjatuh dari ketinggian 40 meter, manakala seorang lagi mangsa masih tersepit dan belum dikeluarkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd