Enggan Dikenali Dengan Gosip Murahan, Alvin Chong Mahu Jaga Nama Baik – “Saya Tak Suka Menempel”

Enggan Dikenali Dengan Gosip Murahan, Alvin Chong Mahu Jaga Nama Baik – “Saya Tak Suka Menempel”

Pelakon Alvin Chong menegaskan dia enggan mencipta kontroversi mahupun menempel dengan gosip murahan demi menaikkan namanya.

Katanya, dia memilih jalan itu untuk mengekalkan nama baiknya daripada terpalit dengan perkara negatif sekaligsu tidak mahu isu itu kelak akan memberi kesan kepada kariernya.

“Kalau kontroversi itu melibatkan saya, dan ia betul maka saya akan biarkan sahaja. Tetapi jika salah maka saya akan tampil bersuara.

“Kalau sekadar khabar angin, saya akan up story dan sangkal perkara itu dan selebihnya terpulang pada mereka sama ada mahu percaya atau sebaliknya,” katanya.

Mengulas lanjut, Alvin lebih suka berkongsi mengenai karier lakonannya berbanding menempel pada kontroversi orang lain.

“Saya tak suka menempel kontroversi orang lain. Sebaba saya tak ada dalam kejadian itu.

“Lagipun, saya juga tak suka jika orang lain melakukan perkara sama terhadap saya,” katanya.

 

Sumber: mStar

Scroll to Top