Engku Aleesya Tak Izin Erra Fazira Kahwin Lagi

Hampir tujuh tahun bergelar ibu tunggal, pelakon dan penyanyi Erra Fazira tidak menolak takdir untuk mendirikan rumah tangga andai bertemu dengan lelaki yang sesuai.

Bagaimanapun, Erra berkata dia hanya akan meneruskan hasratnya itu jika mendapat persetujuan daripada anaknya, Engku Aleesya.

BACA: Erra Fazira Doakan Kebahagiaan Engku Emran & Noor Nabila

“Saya okay sahaja kalau anak okay tapi kalau ada jodoh adalah nanti. Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu. Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu,” katanya.

Mengulas mengenai perasaan anaknya berhuubung perkahwinan bekas suaminya dengan Noor Nabila, Erra berkata Aleesya cukup teruja kerana akhirnya dia mempunyai adik iaitu Jebat Jayden.

“Aleesya gembira sangat sebab dapat adik, dia memang sayang sangat dengan Jayden. Saya selalu nasihatkan dia sayang adik, jaga adik baik-baik. 11 tahun dia seorang, jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang baik sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai.

“Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayen, dia kata adiknya smart boy, memang dia sangat sayang pada Jayden,” katanya.