England sambung kontrak Tuchel sehingga Euro 2028

England sambung kontrak Tuchel sehingga Euro 2028

London: Ketua jurulatih England, Thomas Tuchel menandatangani kontrak baharu yang akan menyaksikannya terus mengendalikan pasukan itu sehingga Kejohanan Eropah 2028, menurut Persatuan Bola Sepak England (FA), hari ini.

“Saya sangat gembira dan berbangga untuk melanjutkan tempoh saya bersama England,” kata jurulatih dari Jerman itu dalam satu kenyataan.

“Bukan rahsia saya menikmati setiap detik bekerja bersama pemain dan barisan kejurulatihan setakat ini, dan saya tidak sabar untuk memimpin mereka ke Piala Dunia.”

Tuchel, yang menggantikan Gareth Southgate pada asalnya menandatangani kontrak untuk membimbing England sehingga Piala Dunia tahun ini di Amerika Utara.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top