Eogene usaha tingkat kecergasan fizikal berdepan pemain senior

Eogene usaha tingkat kecergasan fizikal berdepan pemain senior

SELEPAS mendapat tempat dalam kalangan pemain elit negara, pemain badminton perseorangan lelaki Eogene Ewe Eon mahu meningkatkan kecergasan fizikal dan kemahirannya untuk dapat bersaing dengan pemain terbaik.

Pemain dari Bagan Serai itu yang akan mencecah usia 19 tahun pada Februari ini berkata, kekuatan fizikal akan memainkan peranan penting apabila menentang pemain yang jauh lebih berpengalaman di peringkat senior dan sangat membantu ketika menghadapi kejohanan berturut-turut.

Eogene, yang baru menyertai pasukan senior negara empat bulan lepas berkata, kelebihan fizikal juga penting dalam mencapai sasarannya untuk memasuki kelompok 100 terbaik dunia daripada tempat ke-319 sekarang ini.

“Saya mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi (dalam latihan) kerana tiada kejohanan sekarang, bagi meningkatkan kemahiran dan kekuatan fizikal saya. Saya masih muda, jadi ini sangat bagus untuk mendorong diri saya pergi lebih jauh.

Scroll to Top