Ernie Zakri ‘Approve’, Puji Lagu ‘Berjauh-an’ Aina Abdul – “Suka Dua-Dua… Versi Suara Rendah & Tinggi, Tahniah!”

Ernie Zakri ‘Approve’, Puji Lagu ‘Berjauh-an’ Aina Abdul – “Suka Dua-Dua… Versi Suara Rendah & Tinggi, Tahniah!”

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri menunjukkan tanda sokongan buat rakan baik seindustri, Aina Abdul yang baru sahaja melancarkan single berjudul ‘Berjauh-an’.

Menerusi ciapan di platform Threads miliknya, Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata dia menyukai kedua-dua versi lagu tersebut.

“Saya suka dua-dua, yang suara tinggi dengan suara rendah awak. Tahniah!,” katanya membalas pertanyaan Aina mengenai lagu baharunya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat sokongan Ernie buat Aina.

Malah ramai dalam kalangan mereka turut berharap agar suatu hari nanti kedua-dua penyanyi hebat itu diberi rezeki untuk bekerjasama.

Scroll to Top