Erra Fazira Doakan Kebahagiaan Engku Emran & Noor Nabila

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Bekas suaminya, Engku Emran selamat diijabkabulkan dengan Noor Nabila semalam, tiada kata selain doa daripada pelakon Erra Fazira buat pasangan itu.

Mengucapkan tahniah buat pengantin baru itu, Erra mendoakan segala yang terbaik serta kebahagiaan buat mereka serta anaknya, Engku Aleesya.

BACA: Engku Emran Lamar Noor Nabila Atas Hot Air Balloon

“Tahniah kepada kedua mempelai. Didoakan segala yang terbaik dan terbahagia buat pengantin serta anakku,” katanya.

Segala teka teki mengenai hubungan cinta Engku Emran dan Nabila akhirnya terjawab apabila pasangan itu selamat bergelar suami isteri semalam.

Engku Emran berkahwin dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya kini berusia 11 tahun.