Kuala Lumpur: Jenama kesihatan dan kesejahteraan tempatan, Eskayvie, kini memperkukuh agenda pengembangan globalnya menerusi inovasi dipacu sains bagi menembusi pasaran Asia Tenggara secara agresif.
Langkah strategik itu membabitkan sasaran pasaran utama termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Singapura dan Brunei yang dilihat mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan.
Pengasas Eskayvie, Dr Kartika Wati Mohamed berkata, Indonesia menjadi tumpuan utama syarikat berikutan saiz populasinya yang besar selain mempunyai keserasian tinggi dengan model perniagaan serta produk yang ditawarkan.
“Matlamat kami bukan sekadar pengembangan pantas, tetapi pertumbuhan mampan dan menguntungkan dengan mengimbangi pecutan hasil serta disiplin kos yang tinggi,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, Eskayvie mensasarkan pertumbuhan tahunan dua angka bagi tempoh jangka pendek, manakala sasaran jangka sederhana pula adalah untuk mencapai perolehan mencecah ratusan juta ringgit.
Bagi merealisasikan impian itu, syarikat menetapkan empat tonggak utama merangkumi pengukuhan inovasi produk, skala pengedaran menerusi Eskayvie Nexus, penjenamaan ‘Super Branding’ serta pemerkasaan analisis data dan teknologi.
Menurutnya, komuniti Eskayvie Nexus kekal menjadi enjin pertumbuhan terkuat syarikat melalui sistem pengambilan berstruktur dan pembangunan kepimpinan di seluruh rantau ini.
“Pengguna hari ini lebih bermaklumat dan selektif. Mereka menuntut produk yang bukan sahaja berkesan, malah selamat dan disahkan secara klinikal,” katanya.
Selain pengembangan pasaran, Eskayvie kini memberi tumpuan strategik kepada pembangunan nutrisi minda untuk generasi muda melalui kempen ‘Mind Booster: Ignite Your Child’s Potential’.
Formulasi produk Mindtropic dan Mindtropic Junior dipertingkatkan dengan nutrien penting bagi membantu kanak-kanak serta remaja mendepani cabaran era digital dan tekanan akademik yang semakin kompleks.
Pakar Formulasi Produk Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, setiap ramuan yang digunakan dalam produk itu dibangunkan bersama pasukan profesional bagi memastikan ia relevan dengan keperluan tubuh manusia.
Sebagai menghargai kesetiaan pelanggan, Eskayvie turut melancarkan kempen ‘Imbas & Menang’ yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM300,000, termasuk sebuah kereta elektrik (EV) Proton eMas 7 sebagai hadiah utama.
© New Straits Times Press (M) Bhd




