Ramalan cuaca buruk di utara tanah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk pada tahap jingga sehingga esok dengan hujan lebat dijangka berterusan di Perlis serta beberapa daerah di Kedah dan Perak.

Dalam laporan yang dikeluarkan MET jam 5.30 petang tadi, daerah terlibat amaran tahap jingga ialah di Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; dan Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Hulu Perak di Perak.

Ketua Pengarah MET Malaysia, Jailan Simon, berkata, pihaknya juga mengeluarkan amaran waspada tahap kuning dengan menjangkakan hujan lebat berlaku sehingga esok di seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, amaran waspada tahap kuning juga dikeluarkan di beberapa daerah di Johor, Kelantan dan Terengganu.

“Keadaan hujan masih berterusan di negeri di Pantai Barat Semenanjung. Justeru, amaran cuaca waspada atau kuning yang dikeluarkan semalam dikemaskini untuk beberapa daerah di Kedah dan Perak selain seluruh Perlis.

“Pertambahan kawasan amaran cuaca waspada atau kuning berkuatkuasa sehingga esok dikeluarkan untuk kawasan di Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru di Johor, ” katanya kenyataan media hari ini.

 

ZA137 Malay News

National Desk