EURO: Belgium mara ke pusingan kalah mati

EURO: Belgium mara ke pusingan kalah mati

SAINT PETERSBURG, Russia: Belgium menundukkan Finland 2-0 untuk mara bergaya ke pusingan kalah mati Euro 2020 selaku juara Kumpulan B.

Keputusan itu meletakkan Finland di kedudukan ketiga kumpulan, dengan hanya memiliki peluang tipis untuk mendapat slot ke pusingan 16 terakhir.

Gol sendiri penjaga gol Finland, Lukas Hradecky pada minit ke-74 dan jaringan Romelu Lukaku ketika permainan berbaki sembilan minit memastikan kemenangan ketiga berturut-turut Belgium.

Belgium akan berdepan salah satu daripada pasukan tangga ketiga terbaik di Sevilla pada 27 Jun.

Denmark mengiringi Belgium ke pusingan seterusnya apabila menamatkan saingan kumpulan di tangga kedua selepas meraih kemenangan 4-1 ke atas Russia. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top