MUNICH: Jerman perlu ‘lebih kuat’ dalam serangan jika mahu mengalahkan Portugal atau tidak akan mendapat tempat dalam kempen Euro 2020 kali ini, kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.
Pasukan Loew tewas 1-0 kepada Perancis di Munich, sementara juara bertahan, Portugal menewaskan Hungary 3-0 di Budapest dalam aksi pembukaan.
“Cita-cita dan tekad pasukan tetap menjadi teladan.
“Itulah sebab kami tahu kami dapat menterbalikkan (keputusan) keadaan. Jika kami dapat lebih bertenaga di depan, kami akan dapat mengalahkan Portugal,” kata Loew.
Cristiano Ronaldo menjadi penjaring terbanyak kejohanan Eropah sepanjang zaman ketika penyerang prolifik Portugal itu menjaringkan dua gol dalam kemenangan ke atas Hungary, menjadi yang ke-11 di kejohanan Euro.
Bagaimanapun, perancang tengah Portugal, Bruno Fernandes, berkata usaha secara berpasukan adalah perkara yang lebih penting.
“Ronaldo berpengaruh, seperti biasa. Dia adalah orang lain yang ingin melakukan yang terbaik dan membuat perbezaan,” kata pemain tengah Manchester United itu.
“Pemain paling berharga dalam pasukan kebangsaan adalah ‘kita’. ‘Kami’ adalah yang paling penting,” katanya.
Jerman akan turun tanpa bek kanan, Lukas Klostermann yang mengalami kecederaan paha ketika menjalani latihan dan keadaannya masih diragui untuk sepanjang baki kejohanan.
Skuad Die Mannschaft perlu melakar kemenangan ke atas Portugal tengah malam ini waktu Malaysia bagi menghidupkan peluang untuk ke pusingan kalah mati Euro 2020. – Agensi
© New Straits Times Press (M) Bhd




