Facebook penyanyi Altimet meriah dengan sindiran netizen

Facebook penyanyi Altimet meriah dengan sindiran netizen

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook penyanyi Altimet, yang mencipta lagu ‘Penyamun’ meriah dengan sindiran netizen.

Lagu itu turut dikongsi Facebook Pemuda UMNO Malaysia dengan status, “Harap semua tenang, Ini hiburan semata-mata” dengan memaparkan gambar Altimet – Aduh Malaysia.

Altimet mencipta lagu ‘Penyamun’ dengan mengubah lirik asal Ali Baba dengan 40 Penyamun dinyanyikannya sendiri di pentas politik Pakatan Harapan (PH).

Lagu itu kemudian menjadi trending sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan digunakan oleh pemimpin serta jentera PH untuk bahan kempen.

Lagu itu ditujukan kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan dengan aktiviti mencuri duit rakyat sepanjang lebih 60 tahun memerintah.

Bagaimanapun, selepas keputusan rasmi diumumkan Sabtu malam, PH yang mendapat 82 kerusi tidak dapat membentuk kerajaan dan terpaksa merayu BN untuk mencukupkan jumlah 112 kerusi bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Netizen, Edika Hairul dalam komennya menyatakan, celik sahaja mata, tau-tau penipu dan penyamun sudah kahwin, harap artis tua ini tukar lirik kepada ‘Sayang Penyamun’.

Nas Ahmad pula meninggalkan komen, Altimet and 30 penyamun, mesti meletup lagu ini.

Jack Bacillus memulang paku buah keras dengan komen, Hoi hoi ya oii kami perlu penyamun, itulah jadi artis sajalah, jangan jadi penunggang politik, kan mendapat.

Bahkan, ada netizen menyatakan, rakyat teruja mendengar lagu nyanyian Altimet itu yang tidak pernah sunyi dalam ceramah PKR terutama di Gombak.

Sehingga pagi ini, belum ada keputusan rasmi sama ada PN atau PH yang akan membentuk kerajaan Persekutuan, namun Istana Negara menetapkan semua parti mengemukakan jumlah kerusi sehingga jam 2.30 petang ini.

BN yang dituduh penyamun mula mendapat perhatian dua parti gabungan itu untuk mencukupkan jumlah sekurang-kurangnya majoriti mudah bagi membolehkan kerajaan baharu ditubuhkan. – MalaysiaGazette