Fadhlina sangkal bertanding DUN -“Saya Ahli Parlimen Nibong Tebal, nasi kandaq kuah ronda!”

Fadhlina sangkal bertanding DUN -“Saya Ahli Parlimen Nibong Tebal, nasi kandaq kuah ronda!”

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyangkal dakwaan bakal bertanding Dewan Undang Negeri (DUN) selepas tular satu hantaran mempersoalkan seorang menteri mahukan kerusi tersebut.

Sejak bila bertanding di Melaka?

Susulan daripada itu, Fadhlina menerusi hantaran di Thread menyangkal dakwaan tersebut dan menafikan akan bertanding di Melaka.

Jelasnya, beliau adalah seorang Ahli Parlimen di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan sempat berseloroh dengan mengaitkan makanan popular di negeri tersebut.

“Sejak bila pula saya bertanding di Melaka ni?
“Saya Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang. Nasi kandaq kuah ronda!” tulisnya.

Sekadar info, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan Malaysia telah menyandang jawatan ahli parlimen di Nibong Tebal sejak November 2022 melalui Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Manakala, Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16 akan berlangsung pada 14 November 2026 dan hari penamaan calon akan berlangsung pada 31 Oktober 2026 selepas DUN dibuburkan pada 23 September 2026 yang lalu.

Sumber: Thread fadhlinasidek

Scroll to Top