Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim sekali lagi diuji apabila mengalami kecederaan patah hidung ketika perlawanan menentang PDRM FC malam tadi.
Menerusi Instagram, perkara itu telah dikongsikan sendiri Faisal yang memaparkan gambar luka di hidung dan imbasan x-ray kecederaan tersebut.
Faisal Halim terkena siku pemain lawan
Harga yang mahal terpaksa di bayar Faisal Halim malam ini.
Di fahamkan mengalami kecederaan patah hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor di minit 54 pic.twitter.com/82nt8OZmcY
— FinaNasrom (@fnasrom) April 19, 2025
Insiden malang itu berlaku pada minit ke-54 perlawanan apabila Faisal dipercayai terkena siku kapten PDRM FC, Faith Friday Obilor.
Harga yang mahal terpaksa dibayar Faisal Halim malam ini.
Difahamkan mengalami kecederaan patah hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor.
Walaupun berdepan kecederaan, pasukan Selangor FC tetap cemerlang apabila berjaya menewaskan PDRM FC dengan kemenangan 2-0.
Pernah disimbah asid, kini datang ujian lagi

Faisal Halim sebelum ini turut menjadi perhatian ramai selepas disimbah asid oleh dua individu tidak dikenali di Kota Damansara pada Mei tahun lalu.
Akibat kejadian itu, beliau mengalami lecur tahap empat dan terpaksa berehat panjang daripada dunia bola sepak.




